Tuesday, November 8, 2011

Lawatan Bersejarah di Aildiladha.

tak tau la bila last i pegi mendaki A Famosa. 15years ago? 20years? or maybe more than that. tu pon sebab cikgu paksa ikut rombongan sekolah pegi lawatan sambil belajar. kalau tak memang takkan teringin la nak jejak kaki ke sana. serius weh. sekaligus mengesahkan tohmahan bahawa kebanyakan rakyat Melaka ni memang tak menghargai tempat² sejarah kat negeri sendiri. hahaa fyi, melaka memang tersangat KAYA dengan muzium. muzium istana kesultanan melaka, muzium islam melaka, muzium orang asli, muzium samudera, muzium al-quran, muzium setem, muzium sastera, muzium chetti, muzium pulau besar, muzium layang-layang, muzium rakyat blah blah blah....tu tak kira lagi galeri sejarah...agaknya cikgu² sekolah terpaksa arrange lawatan sambil berdating belajar tiap² minggu baru boleh cover semua muzium kat melaka ni. kalau korang nak info lanjut boleh bukak website Perzim *siap ade background music lagu Dondang Sayang. kerlasss* tapi macam biasalah, orang luar je yang selalu memenuhkan tempat² ni semua. orang melaka tumpang lalu depan je nak pergi ke shopping mall. lalu depan bangunan merah @ Stadhuys tu setakat jeling² dari tepi je. tapi kalau negeri orang bukan main gila lagi nak pegi. siap berazam dengan setulus hati nak pegi repeat melawat tempat tu lagi tu. kenapa la Melaka takde pulau cantik2 macam kat Sabah. wah kufur nikmat ke ape ni.


since my asben tak penah tengok sampai kota A Famosa & panjat bukit St. Paul, dan memandangkan seluar jeans i semua dah feeling macam balut nangka, so we decided untuk melawat bangunan² bersejarah sambil membakar lemak² tepu disekitar kawasan ukurlilit pinggang pagi semalam.


  he in front of the A'Famosa. the only surviving gate of the portuguese fort.


semangat berkobar ni nak panjat bukit St. Paul

5minit kemudian.....
*terjelepok sekejap* mengah gila weh. memang dasar pompuan obes! >..<

mak aii...gile berlumut bangunan ni!!

sambil jual lukisan sambil main seruling. sungguh puitis.

gaya seorang ahli kaji purba.

cubaan Meor de Albuquerque untuk memanjat & menceroboh masuk ke kubu pertahanan. bajet dia spiderman.

maka harus la tak berjaya! ahahaa




View dari atas bukit St. Paul. nampak tiang tinggi tu? tula dia Menara Taming Sari. yang ni pon i tak pernah tergerak hati nak naik lagi. huhuu

motif mengambil gambar daun ini adalah tidak diketahui

bubbye kota A'Famosa. semoga berjumpa lagi 20 tahun akan datang. mata ke atas~


Bangunan Stadhuys

Dataran Pahlawan yang telah di'transform' dari padang pusingan kereta lembu menjadi shopping complex, sejajar dengan kehendak rakyat Melaka yang memang gila shopping. thanx dato' Ali..

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete