Thursday, July 21, 2011

mari membersih sawang!!

salam semuaaaa! fuhh lama gile tak hapdate blog. kalu nak disamakan dgn tanah lapang, ni dah kira tahap boleh jadik semak samun level hutan taman negara siap keluar binatang2 buas segala..ular mengandung pon bleh tersadai tepi2 blog kerana menyangka tuannya sudah ghaib dari dunia fana penuh pancaroba ini. GILER. and after been MIA this long, of course i have like beribu-ribu lemon nak diceritakan dalam blog ni...tapi nantilah i cerita sket2 ye..sekarang kat ofis, takleh nak sembang byk2. satgi ade plak kwn2 yg mulut kurang insuran bertempik kat FB i like.....

laser 1 : oii makcik, ko ni takde keje ke haa? asik berfesbukkkk je!!!  
-->helo, aku work smart ok. mata kanan pandang fail, mata kiri tgk computer..ko mampoo?? hahaa..tak perlu kot nak cerita sume bnda yg kau buat kat ofis tu...yg penting keje siap, bos pon happy...kbye!

laser 2 : alaa, pegawai kerajaan ni keje makannnn je..sbb tu la gemok!!pastu servis lembab! pffft!
-->mana ko tau keje gomen ni makan je? ko penah keje gomen ke? ahh kemon, org yg memberi servis tu pon manusia jugek..bukan robot..sedangkan sistem kita yg hebat tahap dewataraya tu pon kadang2 bleh 'terkehel', inikan pulak kudrat manusia..kalau dah dlm kepala tu dah ada mindset "gomen kayu, tak leh pakai, buang karan", mcm mane org treat ko baik pon, bentang karpet merah, suap buah anggor seedless sebijik2 dlm mulut ko mcm cerita p.ramlee tu pon, ko tetap anggap sampah...im not saying this bcoz im working with govern, bukan ok!but please don't close your eyes and your heart lah..i bet u can see lots of improvement in government services nowadays...ape yg gov sedang dan akan buat skrg 110% bertujuan utk memberi kemudahan dan keselesaan yg maksimum pada rakyat...kalu tak, takdenya la nak buat tagline "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, *cough! keluarga diabaikan cough!* "...(please don't mention about all the political issues and perjuangan bersih pekejadah tu sume, we're now talking bout standard of service hokeh)...ko tau ke orang2 kerajaan ni meeting tak abes2 nak pikirkan cara nak puaskan hati rakyat? ko nak try keje dgn KSU aku? nak try masuk meeting seawal pukol 6pagi? nak try attend meeting nonstop dari pagi smpi ke malam sampai naik beku segala otak & paru2 akibat kesejukan dlm bilik mesyuarat? nak? nak? kalu nak, pegi bukak website rasmi SPA, klik kat 'PERMOHONAN'...

laser 3 : mizaa, mencuri tulang itu dosa hukumnya..sanggup ke kau terima duit gaji hasil yg tak setimpal dgn usaha...cuba kau kira within 8hours working (8am - 5pm) berapa jam yg ko betul2 bersungguh buat keje??
--> *tersedak!!!uhuk! huk!* ustazah bakyahhh sangat kau kannn...abes yang ko dok berfesbuk dgn aku time2 keje ni boleh pulak..hahaa...takpe la nox, i pasrah...yg penting kita tau ape kita buat...kalu nak cerita bab curi tulang ni, sampai besok pon tak abes...satgi mula nak tunjuk org sana buat, org sini buat...so sendiri punye badan, sendiri paham la...apepon, thanx for the reminder yah...*kepal penumbuk* ahahaa...anda buat, anda dapat! haaaaaaaa....sempottttttt!

ok, lets get back to work...satgi kena lagi aku kang...ahaha...nanti i update u all pasal trip ke Seoul last week ye...its sooo much fun being yoorin-wanna-be there..and thanks a lot to our tour-guide-made-in-malaysia, miss Ellia Zuhara & gadis2 cantek Shila and Azila...mekasih kerana menjadikan bacheloratte party saya sangat bermakna di Seoul....*hug*


p/s : oh yaa, by the way, im going to make CLEARANCE STOCK SALE for Maika Handbags and Mimo Sabi Shoes...discount up to 20% for y'all hokeh! nanti i upload item2 utk di'bersih'kan...beraya dan bergayalah kamu dengan kasut dan bag baru...mungkin juga wang kertas anda itu yg akan saya gunakan untuk tempah pelamin, bayar upah mak andam, beli bunga telur utk guest dan lipat2 jadik kipas utk disematkan ditudung makcik2 kendarat nanti...jadi sambil membeli, anda juga sebenarnya sedang membuat amal jariah untuk bride2be ni...dah la dapat diskaun weh! jadi TOLONG la beli ye!! tak beli tak kawan!! hahahaaa...ok tata!

kat depan seoul station...nampak mcm tak ramai orang...padahal kat tepi2 tu org korea sume tengah menunggu nak lalu...hahaaa *org malaysia mmg hati kering!* (+_+)

tengah2 berjalan kat subway tetibeh Hwang Tae Kyung panggil nak ajak amek gambar sesama...tengok tu, yang lain2 pon eksaited dapat bergambar dengan i....
*mata ke atas, kepala hantuk ke dinding billboard*