Sunday, October 16, 2011

single to married..nyahaha!

assalamualaikum...first thing first nak ucap terima kasih kat korang sbb sudi belek belog yang hampir pupus bak spesis dinasor ni...ehh? my last post was written 2months ago???...(omagad!) dah macam nak melingkup je gayanya. jadi ayuh activate semula belog hidup segan mati tak mahu ni okeh. =_=!


kalau ikotkan hati yang rakus ni mmg berjuta benda nak citer kat sini...tapi paling syiokkk nak citer pasal 16 Sept 2011 la beb..*kedipkedipmata* ya yahh, thats the day i married my man...my yummeh cookies Meor Razizul aww! alhamdulillah, everything went very well...thanx to my family and relatives for such a wonderful and great preparation for my bigday...tak terbalas rasanya titik airpeluh dorg tu...patutlah orang panggil pengantin ni raja sehari...mmg dah feeling2 mcm anak raja la...xyah watpe langsung...tolong tengok je orang berlari kesana kesini sambil junjung periuk belanga, makcik2 sekampung duduk bersila potong bawang beramai2 sambil bergosip isu2 artis malaysia *cough!*memey-norman kawin 12juta!*cough!*...pakcik tukang masak mai datang cincang ayam & daging pukul 4pagi, pergh mmg cool!!huhuu..(saya tukang tengok mmg la rasa sangat cool)...hasil persepakatan kami anak-beranak, maka tema perkahwinan ala rewang telah menjadi pilihan..okeh POYO..tu bukan tema ye...tu konsep majlis kawen, antara nak buat cara rewang@katering...kira untuk majlis ni 100% benda kami buat sendiri...maka ketua wedding planner haruslah pakcik Hamid yang kacak lagi sasa..diiringi oleh makcik Maria selaku penasihat utama, serta kedua2 adikku yg bertindak sebagai tukang karut dan kadang2 bertukar jadi tukang carut bile dah kepenatan sangat...memang dari membeli barang2 mentah, penyediaan bahan2, masak memasak, sampai la ke hari kejadian semua urus sendiri...orang2 kendarat pon terdiri dari pakcik makcik & sepupu sepapat je...kira masa pagi tu jela sempat tengok diorang cantek sekejap...lepas tu selendang entah kemana, sampin kemana, masing2 tangan dengan kaki semua dah bersilang pangkah...a BIG BIG THANK YOU to u all adik2, makcik2 dan sepupu2 semua....jugak untuk awek2 paling hot & sexy MGHS, irdha & diela..thanx a lot sebab sanggup jadi peneman setia & pengapit aku...dan sanggup menahan hati tengok aku menjerit & melompat lepas selamat diijabkabul...nyahahaa!! tak lupa pada semua saudara dan kawan2 yang sudi meredah highway, sungai dan longkang besar untuk sampai ke majlis saya, TERIMA KASIH BANYAK2! mintak maaf kalau ada terlebih terkurang ye...korang semua memang paling terbaik di alam semesta! *pelukkuatkuat* habes je majlis tu, muka masing2 semua jadi blushing semulajadi dek kerana sunburn...melaka panas weh! pukul 6pm AJK-AJK kenduri semua dah TERKUAK LENTANG...serius kesian tengok. +_+


nak cerita panjang lebar pon tak larat...tengok jela gambar2 ni and korang buatlah description sendri..hahaa


16 Sept 2011 - Hari nikah...

 17 Sept 2011 - Hari bersanding sebelah perempuan

24 Sept 2011 - Hari bersanding sebelah lelaki

p/s: semua gambar2 ni telah dicilok dari fesbuk orang2 tertentu (u know who u are)...ye album kawen tak siap lagi...thehee! and by the way, arini genap sebulan kami bergelar suami isteri...auwww~ semoga hari2 yang mendatang akan lebih membahagiakan buat kami berdua, amin...HAPPY MONTHLYSARY BY!! =))