Friday, November 25, 2011

Review Yang Tak Seberapa Dan Entah Hapa2..

soalan terjah untuk arini - which do u prefer hearing first? the good or the bad news? as for me, i'll definitely choose the bad one first. maybe sbb i mmg suka 'happy ending' kot. *tangan dibahu* but obviously, good news can actually help us dealing with the bad news, sebab tu kita digalakkan dgr badnews dulu. paham? ok kalau tak paham sila abaikan saja repekan ini. Nway, i was watching TWO movie yesterday Misteri Jalan Lama and Twilight Breaking Dawn. and I will give my 2cents review for MJL first. why am i choosing Adflin Shauki's film first? sila refer balik ayat2 kat atas. mungkin boleh dikaitkan sedikit sebagai asas pertimbangan kepada segala repekan saya tadi. ahaa.


Misteri Jalan Lama - Afdlin Shauki is one of my favourite director. creative, talented, sense of humor, cute, boyot, boboi, semua la. kita susah nak rasa annoying dan meluat kat afdlin. unlike Adlin Aman Ramli. he's amazing & totally inspiring! eh. review jenis apakah ini? 

sebelum ni afdlin banyak hasilkan filem2 berunsur komedi, ni kira firsttime la dia direct filem SERIUS...and seriously i don't really like it =_=' pelakon dalam cerita ni pon boleh kira dengan jari. i mean yang betul2 ada dialog la macam Hans Isacc, Que Haidar, Datuk Ahmad Tamimi Saregar & Vanidah Imran. kalau yang berlakon berjoget2 dalam alam bunian tu tak payah nak kira. Filem mitos dan fantasi ini mengisahkan 2 orang beradik Ilya dan Indra yang berbeza karektor di antara satu sama lain. masa dalam perjalanan ke kampung untuk uruskan jenazah arwah abah dorang, dorang melalui jalan lama dan ada sesuatu berlaku di situ yang ada kaitan dengan peristiwa pada 25 tahun dulu. kat situ la dorang di bawa ke alam lain


following "the making of misteri jalan lama" on tv lastweek, my expectation for MJL adalah seperti keyakinan Dr Rozmey terhadap filem 40jutanya. dan seperti Dr. Rozmey juga, i was sorely disappointed. perasaannya lebih kurang sama masa i keluar dari panggung lepas tengok cerita Klip 3GP *apakah?* >_< 


formula Afdlin yang inspirasikan filem2 epik & paranormal macam Lords Of The Ring dan Super Natural memang nampak lain dari filem2 dia sebelum ni. tapi tetap ada unsur2 lawak yg sinikal. memang usaha yang baik lagi terpuji dari afdlin! [puji2 dulu]. UNFORTUNATELY, teknik CGI dlm cerita ni nmpak teramat sedey. rasa mcm byk sangat yang slack especially masa Que terbang naik ke kapal terbang ke langit. memang nampak mcm ada tali dok tarik angkat ke atas kot! gile ahh. time tu tetibeh teringat cerita the three markerteers. kapal terbang. oh apakah? but its not that bad la. maybe afdlin dipaksa direct ikut bajet yang producer bagi kot. kesian dia. seriously, im not comparing this movie to those Hollywood movie. never. tapi kalau producer boleh invest sikit untuk CGI maybe akan lebih sedap mata memandang. sebab storyline dia memang menarik. Filem fantasi ni kalau bajet besar memang best. macam boleh diolah especially dengan director yang kreatif macam Afdlin. Selain tu i rasa dialog dorang macam tak berapa clear sangat. tak tau la kalau ada problem audio kat GSC tu atau filem ni tak finishing betul2 lagi. aspek teknikal khususnya audio rasanya boleh improve lagi. paling tidak pon, maybe boleh letak subtitle, at least penonton faham ape si monster tu cakap. tapi scene paling i tak boleh blah masa Hans Isaac lekatkan muka dia kat cermin kereta *of course dgn muka scary* then ckp kat Que, "durian jomm!!* sampai biru muka Que sebab terperanjat, hahaa. sila la pergi beramai2 ke panggung untuk menyokong filem melayu especially filem Afdlin Shauki the Boboi. OK sekian saja review-perasan-best saya untuk filem Misteri Jalan Lama. 


Next!


Twilight Breaking Dawn - start with preparation of wedding between Bella & Edward. how nervous Bella was when she walked on the altar. and how handsome Edward was when he waits for Bella. how she tried so hard to seduce Edward to make love again. tapi lepas malam pertama yg chaos sampai patah tiang katil sampai bersepai bantal tidur Edward tahan diri je dari make love dgn Bella, sebab dia takut dia akan cederakan Bella. apapon honeymoon diorang adalah sangat best & indah until Bella sedar yang dia pregnant. eh?? vampire boleh kasi manusia pregnant? So on..Bella want to keep the baby. But the fetus in eating her from inside out. yela. anak puntianak kott. hisap darah ibu dia la. cerita seterusnya silalah ke pawagam berdekatan anda. haha. tapi apa yang i nak komen dlm TBD ni pasal honeymoon trip diorang. OMG sangat sweet okeh! *can't stop smiling during the scene* boleh? hahaa. pastu wedding dress Bella yang super gojes tu. nanges tengok. simple tapi sangat stunning. detail yang cantik terletak kt backside dress tuh..cantik auww..terdedah tapi ade button2. dah. nak review takat tu je. kalau nak tau lanjut boleh pegi tengok sendiri. sementara tu korang layan la video Christina Perri. Sountrack TBD part.1...BEST!! :))


p/s: tak sabar nak tunggu filem Ombak Rindu pulak. semoga tak mengecewakan daku. oh!

Monday, November 21, 2011

Pencapaian Sentimental Dalam Hidup!

Lately ni semangat nak belajar masak amat membuak2 dalam diri. kadang2 rasa macam quater life crisis pulak. mana kan tidak, dulu kalau mak panggil suruh tolong masak, perasaannya sama macam dipaksa menari bellydance. bukan tak suka, tapi tak minat..boleh jawab macam tu? haha. but u know, time change people change. mungkin perubahan hormon yang amat ketara sejak dua menjak ni telah membawa kepada split personality yang mendadak. wah over kau mariaaa! makanya makanan2 asas seperti mi maggi dan bubur nasik telah berjaya dinaiktaraf kepada nasik goreng paprik selaras dengan menarafan ISO sebagai isteri orang. theeeee! so semalam i cuba cabar diri buat ayam bakar pulak [angkat2 kening]. atas rasa tanggungjawab & kemanusiaan untuk bagi suami makan sedap2 instead of menyantap megi je, so i decided to try out this recipe...


nasik lemak Saranghae dan ayam bakar Aishiteru...*nama tanak kalah*

Dengan kerahan keringat yang sangat minima, ayam bakar ini adalah tersangat mudah untuk disediakan dan teramat sedap untuk dilantak...yang paling penting bahan2 senang nak dicekau dikedai2 runcit berhampiran. maka kalau ada bahan yang pelik2 dan nama tak pernah dengar, mohon tukar ke menu yang lain supaya tak menyiksa diri. dan dengan kepakaran masterchef yang semakin menyerlah dalam diri ini, resepi ayam bakar ni dah diubahsuai sikit menjadi ayam percik mengikut citarasa sendiri. so kepada yang bertanya macam mana nak buat ayam bakar ai-aii-aishiteru ni, check out the recipe here bebeh!

Bahan-bahan 

  • 2 bahagian peha ayam
  • 1 mangkuk santan
  • 5 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili kering
  • sedikit kunyit dan sedikit halia

Cara-cara

  1. bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, serai, cili kering dikisar halus.
  2. kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat. masak hingga ayam separuh masak. masukkan juga garam dan gula sesedap rasa.
  3. keluarkan ayam td dan bakar antara 20-25minit.
  4. kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar.
  5. siap utk dimakan. yummeh!



senang gila kan? see, told u. terus hilang rasa kagum. hahaa..rugi la kalau tak cuba. super simple & super sedap! sumber resepi adalah hasil ehsan daripada MyResepi...Mekaseh :)

**saat dan ketika i menulis blog ni, Malaysia tengah berhempas pulas menewaskan Indonesia pada 15minit terakhir untuk menjulang pingat EMAS dalam Sukan Sea. kedudukan masih draw 1-1 tatkala jantung rakyat malaysia berdegup tak tentu arah akibat jeritan terlampau sejak awal perlawanan tadi. now waiting for penalty kick. pray hard for them. GO HARIMAU!!!!! 




Tuesday, November 8, 2011

Lawatan Bersejarah di Aildiladha.

tak tau la bila last i pegi mendaki A Famosa. 15years ago? 20years? or maybe more than that. tu pon sebab cikgu paksa ikut rombongan sekolah pegi lawatan sambil belajar. kalau tak memang takkan teringin la nak jejak kaki ke sana. serius weh. sekaligus mengesahkan tohmahan bahawa kebanyakan rakyat Melaka ni memang tak menghargai tempat² sejarah kat negeri sendiri. hahaa fyi, melaka memang tersangat KAYA dengan muzium. muzium istana kesultanan melaka, muzium islam melaka, muzium orang asli, muzium samudera, muzium al-quran, muzium setem, muzium sastera, muzium chetti, muzium pulau besar, muzium layang-layang, muzium rakyat blah blah blah....tu tak kira lagi galeri sejarah...agaknya cikgu² sekolah terpaksa arrange lawatan sambil berdating belajar tiap² minggu baru boleh cover semua muzium kat melaka ni. kalau korang nak info lanjut boleh bukak website Perzim *siap ade background music lagu Dondang Sayang. kerlasss* tapi macam biasalah, orang luar je yang selalu memenuhkan tempat² ni semua. orang melaka tumpang lalu depan je nak pergi ke shopping mall. lalu depan bangunan merah @ Stadhuys tu setakat jeling² dari tepi je. tapi kalau negeri orang bukan main gila lagi nak pegi. siap berazam dengan setulus hati nak pegi repeat melawat tempat tu lagi tu. kenapa la Melaka takde pulau cantik2 macam kat Sabah. wah kufur nikmat ke ape ni.


since my asben tak penah tengok sampai kota A Famosa & panjat bukit St. Paul, dan memandangkan seluar jeans i semua dah feeling macam balut nangka, so we decided untuk melawat bangunan² bersejarah sambil membakar lemak² tepu disekitar kawasan ukurlilit pinggang pagi semalam.


  he in front of the A'Famosa. the only surviving gate of the portuguese fort.


semangat berkobar ni nak panjat bukit St. Paul

5minit kemudian.....
*terjelepok sekejap* mengah gila weh. memang dasar pompuan obes! >..<

mak aii...gile berlumut bangunan ni!!

sambil jual lukisan sambil main seruling. sungguh puitis.

gaya seorang ahli kaji purba.

cubaan Meor de Albuquerque untuk memanjat & menceroboh masuk ke kubu pertahanan. bajet dia spiderman.

maka harus la tak berjaya! ahahaa




View dari atas bukit St. Paul. nampak tiang tinggi tu? tula dia Menara Taming Sari. yang ni pon i tak pernah tergerak hati nak naik lagi. huhuu

motif mengambil gambar daun ini adalah tidak diketahui

bubbye kota A'Famosa. semoga berjumpa lagi 20 tahun akan datang. mata ke atas~


Bangunan Stadhuys

Dataran Pahlawan yang telah di'transform' dari padang pusingan kereta lembu menjadi shopping complex, sejajar dengan kehendak rakyat Melaka yang memang gila shopping. thanx dato' Ali..